Kelebihan Ikan Sebagai Haiwan Peliharaan.
- kakyongfarzana
- Dec 21, 2018
- 2 min read

Ikan merupakan antara haiwan peliharaan yang sangat digemari ramai.Ramai manusia zaman kini gemar meletakkan akuarium ikan yang telah dihias cantik dengan pelbagai jenis dekorasi serta ikan yang menarik perhatian di dalam atau di halaman rumah,di dalam pejabat dan di juga di dalam bilik tidur.Hal ini sudah pastilah kerana kelebihan-kelebihan yang terdapat pada ikan namun tiada pada haiwan-haiwan lain yang boleh kita jadikan sebagai haiwan peliharaan.
Pertama sekali,ikan kurang berbau berbanding haiwan-haiwan peliharaan yang lain.Sebagai contoh,kucing,burung dan hamster akan membuatkan rumah kita berbau busuk jika kita memeliharanya di rumah.Walaubagaimanapun,ikan kurang menghasilkan bau yang busuk melainkan kita tidak menukarkan airnya untuk tempoh yang lama.Ini menjadikan ikan lebih disukai ramai berbanding haiwan-haiwan lain terutamanya bagi mereka yang sangat menitik beratkan soal kebersihan.Oleh itu,jelaslah bahawa sifat ikan yang kurang berbau berbanding haiwan-haiwan peliharaan yang lain menjadikan ia digemari oleh ramai orang.
Seterusnya,seseorang individu yang menjadikan ikan sebagai ikan peliharaannya juga dapat menjimatkan masa kerana individu tersebut tidak perlu mencuci akuarium ikannya dengan terlalu kerap.Contohnya,seseorang mungkin hanya perlu mencuci akuarium ikannya sekali sahaja dalam sebulan.Hal ini menjadikan ikan sebagai seekor haiwan peliharaan yang mudah dijaga dan kurang membebankan berbanding haiwan-haiwan lain.,Oleh itu,jelaslah bahawa ikan merupakan pilihan terbaik untuk dipelihara di rumah terutamanya bagi mereka yang sering sibuk bekerja.
Selain itu,ikan juga tidak memerlukan makanan yang banyak.Hal ini dapat menjimatkan duit poket individu yang ingin memeliharanya kerana individu tersebut tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli makanan ikan.Tambahan pula,makanan ikan lebih mudah untuk didapati berbanding dengan makanan haiwan-haiwan lain yang ebih mahal misalnya makanan kucing.Hal ini menjadikan ikan sebagai seekor haiwan yang lebih baik untuk dipelihara berbanding dengan arnab dan hamster yang kuat makan.Oleh itu,telah jelas bahawa ikan merupakan haiwan yang terbaik untuk dipelihara berbanding haiwan-haiwan lain kerana ia dapat menjimatkan kos kita sebagai penjaganya.
Akhir sekali,ingin saya nyatakan juga di sini bahawa ikan tidak mengeluarkan bunyi-bunyi yang bising seperti haiwan-haiwan peliharaan yang lain.Hal ini menjadikan ia pilihan utama bagi mereka yang menginginkan ketenangan serta mereka yang ingin mendapatkan haiwan peliharaan bagi mengurangkan tekanan.Menurut kajian Plymouth University dan University of Exeter pada tahun 2015, memandang akuarium dapat memberikan kesan positif secara fizikal dan mental seseorang. Menurut penelitian ini, melihat ikan berenang di dalam akuarium dapat menurunkan tekanan darah dan degupan jantung. Selain itu, ia juga dapat memperbaiki emosi dan meningkatkan konsentrasi.Oleh sebab itu,kelebihan ikan yang dapat menenangkan minda suatu individu menjadikan ia lebih digemari oleh orang ramai berbanding haiwan-haiwan peliharaan yang lain.
Kesimpulannya,ikan merupakan antara haiwan yang terbaik untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.Walaubagaimanapun,jika kita ingin memelihara apa-apa haiwan,kita perlulah memahami cara untuk menjaga haiwan tersebut dengan baik dahulu sebelum mengharapkan haiwan tersebut dapat membawa kebaikan kepada kita.

Comments